Aktiviti


28 August 2016 – 29 August 2016

Sani Hotel,Kuala Lumpur,

Milagro Coffee Patawali telah di lancarkan pada 27 ogos 2016. Pelancaran produk ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Wan Latiff  Wan Musa bertempat di Sani Hotel Kuala Lumpur.

Ucapan beliau, Milagro Coffee Patawali merupakan kopi pracampuran 7 dalam 1 pertama di dunia yang dihasilkan dengan campuran biji kopi robusta dan arabika dari Brazil dan dikayakan dengan ekstrak herba seperti patawali, halia, lada hitam, dan garam gunung yang dapat membantu system pertahanan tubuh kita. Herba utama dalam Milagro Coffee adalah Patawali (Akar Seruntun) mempunyai insulin semulajadi yang dapat mengurangkan peratus kandungan gula dalam tubuh. Ia sangat bagus untuk mencegah atau mengawal Diabetes (Kencing Manis) dan darah tinggi. Milagro Coffee juga mampu mengekalkan kecergasan serta memberi tenaga kepada anggota badan. Milagro Coffee Patawali yang pertama dI dunia sangat baik untuk tubuh badan dan menjadikan minuman kesihatan yang berkhasiat juga dapat mencegah daripada penyakit 3 serangkai.

Menurut beliau yang juga hadir bagi mewakili ketua eksekutif MATRADE ingin melihat syarikat-syarikat bumiputra menceburkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Seperti yang diketahui, semakin banyak aneka kopi yang boleh kita dapati dipasaran pada hari ini tetapi menurut beliau kopi seumpama Milagro Coffee Patawali adalah yang pertama di dunia kerana ia mengandungi herba yang baik untuk kesihatan. Beliau menambah lagi, banyak program-program yang kerajaan wujudkan bagi membantu usahawan untuk menerajui pasaran eksport di luar Malaysia dan beliau menasihatkan kepada usahawan di luar sana agar memohon bantuan daripada pihak yang sewajarnya untuk mengembangkan perniagaan. Beliau menekankan agar usahawan IKS mencari  pasaran luar negara kerana pasaran yang luas diluar negara sama dengan sasaran MATRADE untuk usahawan, kejar pasaran luar negara yang yang sangat luas, memerlukan produk yang berkualiti dan ada kelainan seperti Milagro Coffee Patawali yang pertama di dunia. Beliau juga mahu usahawan bijak menggunakan peluang dan keistimewaan dari pihak MATRADE untuk pasaran antarabangsa.

Pengarah Pemasaran Salmah Hayan berkata,Milagro Coffee Patawali ini 100 peratus milik bumiputera dimana beliau menekankan dan ingin menjadikan budaya minum untuk kesihatan. Beliau menekankan amalan untuk jadikan jadual wajib bagi setiap keluarga di Malaysia peka dengan tabiat minum Milagro Coffee Patawali untuk sihat dan mencegah dari Penyakit 3 serangkai dan beliau mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Oleh itu, Milagro Coffee Patawali yang pertama di dunia boleh dijadikan minuman yang wajib kepada semua lapisan masyarakat dari orang tua juga dewasa, remaja dan kanak-kanak juga digalakkan untuk mengambil Milagro Coffee Patawali bagi menggalakkan kecerdasan otak kerana bilamana otak cerdas maka akan mudah untuk menerima pelajaran.

Milagro coffee petawali yang pertama di dunia mensasarkan jualan akan meluas di seluruh Malaysia, yang sekarang sedang giat mencari agen dan stokis di seluruh Negara serta sedang giat menggalakkan dan melatih mereka yang berminat untuk menjadi usahawan untuk menambahkan pendapatan juga kepadaa suri rumah tangga untuk mendapaatkan pendapatan yang lumayan dengan menjadi agen dan stokist. Tambah beliau lagi, kepada usahawan di luar sana yang berminat dengan Milagro Coffee Patawali yang  di keluarkan dari Aqid Aqila Resources Sdn Bhd. Boleh menghubungi talian bebas tol di 03 – 5021 7401 / 03 – 5021 7403 atau 012 370 2676 Salmah Hayan dan boleh juga melayari laman web kami www.milagrocoffee.com.my atau di Facebook page : Milagro Coffee Kopi Patawali atau layari : milagromalaysia.com. Twitter rasmi Milagro Coffee : milagro_coffee dan Instagram rasmi : milagro_coffee.

dsc_0272 dsc_0269 dsc_0267