Rahsia Kopi Kami Bermula Disini

Kopi robusta yang dicampur dan kopi arabica diperkaya dengan pati herba patawali (Tinospora Crispa), halia, lada hitam dan garam gunung telah digunakan secara tradisional sebagai ubat tradisional dan juga minuman alternatif untuk tujuan kesihatan. Milagro kopi 7 dalam 1 mengandungi antioksidan yang tinggi dan kesan insulin semula jadi yang boleh meningkatkan sensitiviti insulin yang kemudiannya merawat penyakit yang berkaitan dengan halangan dan rintangan disebabkan insulin sebagai contoh kencing manis (jenis ii) dan kanser. Ia juga boleh mengurangkan penyakit seperti demam ringan, tekanan darah tinggi dan sistem imunisasi badan.

 

download (11)

 

POKOK PATAWALI

Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.

Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam “mahkota” yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Antara Khasiat Patawali :

Bagi tujuan perubatan, batannya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil “jattrorrhizine” yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit “sifilis”.

 

  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut
  • Melegakan pedih ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selesema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal


2 

 HALIA

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. 

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatism, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan makanan, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

  Antara Khasiat Halia :

  • Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan

  • Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan.

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

  • Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Halia meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim. Hal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

  • Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

  • Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

  • Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanserkolorektal/ Usus.

  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

  • Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

  • Rawatan Kanser ovari. 

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

  • Menguatkan imuniti. 

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

  • Mengurangkan Morning Sickness. 

Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

 3

LADA HITAM

Lada sudah lama digunakan sebagai bahan untuk pembuatan ubat tradisional. Terutama lada hitam selain penguat aroma masakan. Beberapa manfaat juga terdapat didalam lada hitam untuk kesihatan serta khasiat bagi tujuan perubatan.

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Antara Khasiat lada hitam :

  • Mengandungi minyak esensial

Lada hitam memiliki manfaat kesihatan kerana mengandungi minyak esensial seperti piperine amina alkaloid yang memberikan rasa pedas pada lada. Selain itu juga, ia mengandungi berbagai monnoterpen hidrokarbon seperti sabinene, pinene, terpenene, limonene, mercenene, yang menhasilkan aroma lada.

  • Menguatkan Pencernaan

Berbagai zat aktif yang disebutkan diatas pada lada dapat meningkatkan keupayaan usus serta menguatkan pencernaan dengan jalan meningkatkan enzim pencernaan. Juga ditemui bahawa piperin dalam lada dapat membantu meningkatkan penyerapan selenium, vitamin B-kompleks, beta-keroten, serta nutrisi lain dari makanan.

  • Sumber mineral penting

 Lada hitam mengandungi mineral dalam jumlah yang banyak seperti kalium, kalsium, zat besi, dan magnesium. Kalium merupakan senyawa penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengawal detak jantung dan tekanan darah. Zat besi sangat penting untuk respirasi sel dan memproduksi sel darah.

  • Sumber vitamin B kompleks

Lada hitam juga merupakan sumber yang sangat baik dari kelompok vitamin B kompleks penting, seperti piridoksin, riboflavin dan niacin.

  • Sumber antioksida

Lada juga merupakan sumber yang baik sebagai antioksida dari vitamin, seperti vitamin C dan vitamin A. Tak cukup dengan itu, lada hitam juga kaya dengan antioksida polifenol flavonoid seperti keroten, cryptoxanthin, zea-xanthin dan likopen. Elemen-elemen ini akan membantu tubuh untuk menghilangkan radikal bebas berbahaya serta membantu melindungi tubuh dari kanser.

 4

GARAM GUNUNG

Garam gunung adalah garam organic yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsure yang terdapat dalam tubuh manusia.

Garam gunung berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsure potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium.

Antara khasiat lain

  • garam meningkatkan kadar metabolism dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
  • melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
  • Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
  • Garam mengandungi unsure pembersih, penghilang lender, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
  • Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
  • Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation)
  • Bersifat pengalir yang efisien
  • Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitter yang menghantar isyarat kepada otak.
  • Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
  • Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

5

ARABIKA

Kopi diketahui memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Menurut kajian yang dibuat oleh University of Scranton, kopi merupakan sumber antioksida yang sangat baik sehingga minum sejumlah kecil cawan kopi dalam sehari dapat mengurangi risiko terkena diabetes tahap 2, alzheimer, bahkan kanser prostat.

Antara khasiat lain :

  • Kafein yang terdapat dalam kopi dapat menurunkan risiko Parkinson

Parkinson merupakan sebuah penyakit neurodegenerative kedua yang paling umum ditemukan setelah penyakit Alzheimer. Sampai sekarang, sama dengan penyakit Alzheimer, penyakit ini belum menemui sebarang ubat sebagai penyembuhannya. Ternyata, kopi pun dapat menjadi sebuah kaedah untuk mencegah badan daripada terkena penyakit Parkinson. Bahkan menurut sebuah penyelidikan menyatakan bahwa peminum kopi akan lebih rendah risikonya untuk terkena penyakit Parkinson hingga 32-60%. Sebuah jumlah yang sangat signifikan.

  • Kopi dapat membantu anda lebih bahagia dan melawan tekanan perasaan

Tekanan perasaan merupakan sebuah gangguan pada mental yang serius dan dapat menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan jumlah yang signifikan. Hal ini telah diketahui umum dan melalui penyelidikan menyatakan bahwa 4.1% penduduk Amerika memiliki kemungkinan untuk diserang tekanan perasaan  secara klinikal. Sebuah penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Harvard menyatakan bahawa seorang wanita yang meminum 4 cawan kopi atau lebih setiap hari dapat menurunkan risikonya untuk terkena tekanan perasaan hingga mencapai angka 20% lebih rendah dibandingkan mereka yang bukan peminum kopi. Sementara itu penyelidikan lain mengatakan bahawa mereka yang meminum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari akan menurunkan risiko bunuh diri hingga mencapai angka 53%.

  • Kopi Merupakan sumber dari antioksida

Kopi mengandungi banyak antioksida yang berfungsi untuk mencegah berbagai macam racun dan juga radikal bebas. Hal ini akan melindungi tubuh anda dari berbagai penyakit. Selain itu, kopi pun sangat berguna untuk merawat kecantikan kulit anda. Pastinya ini akan sangat sesuai diminum oleh setiap lapisan umur yang selalu memperhatikan kecantikan kulit. Selain itu, Kopi juga diketahui mampu melindungi diri daripada berbagai penyakit seperti penyakit kanser, jantung dan juga mencegah diri dari terkena penyakit stroke.

  • Meningkatkan stamina tubuh

Kafein merangsang sistem saraf manusia dan sekaligus mampu memecahkan lemak dalam badan. Selain itu, kafein juga mampu merangsang hormon yang dinamakan dengan hormon “adrenalin” dalam tubuh dimana hormon ini mampu bertugas untuk membuat tubuh bersedia untuk menerima berbagai kegiatan fisik. Secara lebih lanjut, kafein akan membuat lemak memecahkan sel sel lemak yang kemudian melepaskan mereka ke dalam darah dan akan menjadi asam lemak bebas dan inilah yang akan tersedia sebagai “bahan bakar” bagi manusia untuk beraktiviti.

Kopi arabika memang memiliki banyak sekali manfaat baik bagi tubuh manusia. Oleh sebab itulah anda tidak perlu lagi khuatir dengan meminum kopi setiap hari. Namun meskipun begitu, usahakan untuk tidak meminum kopi dalam jumlah yang terlampau banyak karena segala sesuatu yang berlebihan pasti tidak akan baik bagi tubuh kita.

6

ROBUSTA

Bagi penggemar kopi robusta, minuman ini adalah pembekal tenaga. Tidak menghairankan jika mereka boleh minum lebih dari satu cawan kopi sehari. Jika anda mengetahui cara minum kopi yang baik dan boleh mengendalikan pengambilan kopi setiap harinya, minuman ini memang boleh memberikan kesan positif bagi tubuh.

Antara Khasiat Lain :
  • Melindungi jantung

Penggemar kopi yang meminum 1-2 cawan kopi hitam setiap hari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksida yang terkandung dalam kopi.

Antioksida yang terkandung didalamnya membantu menahan kesan buruk dari peradangan pada arteri. Setelah meminumnya, kopi meningkatkan tekanan pada darah dan denyutan jantung. Namun setelah beberapa lama, kopi akan menurunkan tekanan darah, kerana antioksida pada kopi mengaktifkan asam nitrat pada tubuh sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah.

  • Mencegah diabetes

Antioksida kopi, khususnya asam klorogenat dan guinides, memainkan peranan untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu mengatur gula darah. Faktanya, orang yang minum kopi setiap harinya memiliki risiko lebih rendah terkena diabetes tahap 2, menurut beberapa penyelidikan.

  • Menjaga kesihatan hati

Kopi juga mampu meminimumkan risiko munculnya sirosis dan penyakit hati lainnya. Satu analisis dari sembilan penelitian menemukan bahawa kopi boleh menurunkan risiko kanser hati sebanyak 43%. Hal ini kerana wujudnya antioksida dan kafein didalamnya.

  • Meningkatkan kekuatan otak

Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangi risiko Alzheimer, sama halnya seperti Parkinson. Antioksida yang terkandung didalam kopi menghalang kerosakan sel otak dan membantu jaringan saraf untuk bekerja lebih maksimal sehingga otak bekerja lebih baik.

  • Membantu menghilangkan sakit kepala

Penyelidikan membuktikan, 200 mg kafein dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain. Walaupun belum ada penelitian yang membuktikan bagaimana cara kafein menghilangkan sakit kepala, namun para penyelidik menyakini bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan pembuluh darah di sekitarnya menegang.