SEUMUR HIDUP MENANGGUNG. INI RUPANYA YANG BERLAKU…..

SEUMUR HIDUP MENANGGUNG. INI RUPANYA YANG BERLAKU…..

 

milagro Diabetes

Sejak dari 3 bulan kebelakangan ini Ahmad Akhbar, seorang penghidap diabetes berumur 55 tahun kerap mengalami kehilangan rasa dan kebebasan di tangan dan kakinya. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa setiap hari.

Puan Norita, berumur dalam lingkungan 40-an pula kerap kali merasaai seolah-olah kakinya panas seperti api. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku atau mengapa dia mengalami keadaan ini.

Seorang lagi penghidap diabetes, Mohd Iqbal mengalami rasa berdenyut dan menjengkelkan di bahagian tangan dan kaki sejak setahun lalu.

Diabetes ialah penyebab paling biasa masalah saraf seperti ini. Jangan anda sekali-kali mengabaikan tanda kerosakan saraaf yang disebabkan oleh paras gula yang tinggi.

Cara yang terbaik untuk mempastikan dan mencegah diabetes daripada menjadi tidak terkawal ialah mengambil ujian paras gula dalam darah secara berterusan. Daripada keputusan ujian ini anda dapat melakukan perubahan terhadap gaya hidup dan tabiat pemakanan.

Jika hasil ujian itu menunjukkan paras gula dalam darah anda lebih tinggi daripada normal, ia menunjukkan pra-diabetes atau diabetes. Diabetes juga menyerang dalam senyap. Lebih lima puluh peratus penghidap diabetes tidak menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut, ia merupakan salah satu penyebab utama kematian yang disebabkan oleh sesuatu penyakit di Malaysia.

Ramai orang buat pertama kalinya sedar mereka mempunyai masalah paras gula dalam darah yang tinggi sebaik sahaja mula mengalami kerosakan saraf atau salah satu komplikasi yang mengancam nyawa, seperti pemotongan kaki, kebutaan, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan strok.

Sekiranya berat badan anda berlebihan atau badan anda terlampau gemuk, ini boleh mempercepatkan kemunculan komplikasi diabetes. Diabetes dan segala komplikasinya boleh berlaku pada semua peringkat umur, tidak kira bangsa dan kumpulan etnik.

menurut Kajian Kesihatan Nasional dan Mobiditi 2006 (National Health and Morbidity Survey 2006), yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada tujuh warga Malaysia menghidapi diabetes. Namun, ini mungkin hanya satu petanda kecil sahaja bagi suatu masalah yang lebih besar.

Ramai pakar yang terkemuka dalam masyarakat perubatan dan nutrisi di Malaysia kini mempercayai diabetes menimpa sejumlah besar penduduk; iaitu sehingga sebanyak 22% daripada jumlah populasi negara ini. Ini bermakna seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes. Satu fakta yang sangat menakutkan.

Pemotongan anggota

Pemotongan anggota merupakan satu kemungkitan besar komplikasi neuropati yang serius. Diabetes ialah satu penyebab utama pemotongan bahagian bawah kaki di seluruh dunia sehingga sebanyak 50% daripada semua pemotongan.

Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang menghidapi diabetes.

Rawatan DIABETES

Menurunkan paras gula darah kepada paras normal adalah langkah rawatan yang pertama untuk mencegah kerosakan saraf daripada berterusan. Pemantauan paras gula dalam darah secara kerap, merancang pemakanan, kegiatan fizikal, mengambil ubat atau insulin akan membantu mengawal paras glukos dalam darah.

Ini mungkin mengambil masa tetapi umumnya gejala itu akan berkurangan apabila pengawalan glukosa dilakukan dengan baik. Pengawalan yang baik juga membantu mencegah atau melambatkan kemunculan masalah selanjutnya.

 

About aqidaqila

Perniagaan ini diasaskan oleh Puan Salmah Binti Hayan. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil - kecilan sejak tujuh tahun lalu semasa masih bekerja. Memandangkan hasil jualan yang diperolehi sangat menggalakkan pada waktu itu, beliau tekad mengambil keputusan mengusahakan perniagaan ini secara serius dan sepenuh masa.

View all posts by aqidaqila →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *